❶
Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti
melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan
dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok
ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda tidak setiap
kali anda ingin merokok.
❷ Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali
dengan perlahan-lahan.
❸ Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau
air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana
minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
❹ Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada
rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain
muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
❺ Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah
epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
❻ Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau
basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
❼ Melakukan Senaman
Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk
kerana tidak merokok.
❽ Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk
berhenti merokok itu berjaya.