Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan ringan seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
Pengambilan Coklat perlu dielakkan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana ianya punca kerosakkan buah pinggang.
Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Benarkah botol plastik bahaya digunakan lebih daripada sekali?
Pendahuluan Adakah anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga di bahagian bawah dengan lebih terperinci? Adakah anda tahu apa gunanya nombor yang tercatat padanya? Adakah anda rasa bahawa ia hanya untuk kitar semula? Jika anda menjawab ya, ia menandakan anda adalah SALAH! Sebenarnya kegunaan bilangan nombor tersebut adalah sebagai satu indikator kepada kita dalam memberitahu BAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut. Kod nombor pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).
Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Resin Identification Symbol System (SPI)
Untuk memudahkan dokumentasi sampah yang betul terhadap jenis-jenis plastik botol dan bekas yang biasa dijumpai dalam longkang dan parit di sekitar kediaman untuk tujuan kitar semula, Sistem Simbol Pengenalan Resin SPI, juga dikenali sebagai bahan bekas sistem pengekodan telah dicipta oleh Persatuan Industri Plastik atau Society of the Plastics Industry (SPI) pada tahun 1988. Pada masa itu, majoriti besar bungkusan plastik dibuat dengan salah satu daripada enam bahan berikut :Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE), High density uretana (HDPE), Vinyl (Polyvinyl Chloride atau PVC), Polyethylene berketumpatan rendah (LDPE), Polypropylene ( PP), atau polistirena (PS). (Sila rujuk gambarajah di bawah)
Penggunaan kod SPI adalah bertujuan untuk menyembunyikan tahap bahaya bahan kimia terhadap produk plastik di pasaran Berdasarkan kepada SPI, terdapat enam jenis plastik yang digunakan secara meluas di pasaran Malaysia. Ia telah diberikan nombor khas dari 1 ke 6 sebagai sistem pelabelan sukarela yang seragam untuk seluruh negara dan peringkat antarabangsa. Namun begitu, terdapat satu kod SPI berkod nombor 7 yang dikenali sebagai “7-OTHERS” telah dilabelkan untuk apa-apa bahan plastik yang diperbuat selain daripada enam jenis bahan palstik biasa atau diperbuat lebih daripada satu plastik yang digunakan secara kombinasi. Senario ini berlaku ekoran daripada perkembangan industri plastik di mana banyak jenis-jenis bahan plastik baru telah muncul di pasaran dunia.
Jenis-Jenis Bahan Plastik
Setelah kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Resin Identification Symbol System (SPI) secara sepintas lalu. Maka di sini ingin saya menerangkan serba sedikit jenis-jenis bahan plastik yang digunakan bagi tujuan rujukan dan makluman bersama. Bersama ini diterangkan jenis-jenis bahan plastik dan kesan terhadap manusia.
Jenis-jenis bahan plastik yang berada di pasaran
Kod No. 1 – Polyethylene Terephthalate (PETE atau PET)
Simbol ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral. Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja kerana jika terlalu kerapdigunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tersebut akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus kanser. Semasa plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan. Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang lama, iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku. Bagi wanita pula, ia boleh meningkatkan masalah haid,keguguran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.
Kod No. 2 – High Density Polyethylene (HDPE)
Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.
Kod No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau PVC)
Ia adalah sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain. Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.
Kod No. 4 – Low Density Polyethylene (LDPE)
Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.
Kod No. 5 - Polypropylene (PP)
Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.
Kod no. 6 – Polystyrene (PS)
Kebiasaannya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan. Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia berbahaya pada otak, berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.
Kod No. 7 – Other : SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate) Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A. Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.
Kesimpulan
Setelah kita mengetahui tentang kesan dan bahaya penggunaan jenis-jenis bahan plastik seperti yang telah diperbincangkan. Saya menyeru dan menyarankan agar kita bersama-sama berganding bahu untuk mengambil tindakan SEGERA supaya mengelak dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini kepada keluarga dan sanak saudara. INGAT! pastikan bahan-bahan plastik berkod 1 hanya digunakan sekali sahaja. Manakala bahan plastik berkod 5, jangan digunakan dalam tempoh yang terlalu lama. Tetapi PERINGATAN yang paling PENTING ialah JANGAN MENGGUNAKAN LANGSUNG bahan plastik berkod 3,6 dan 7. Alternatif terbaik dalam mengelak penggunaan bahan-bahan ini ialah menggantikannya dengan bekas yang diperbuat dari seramik atau kaca yang dijamin selamat.
Tahukah anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah satu penyebab barah yang utama? Ini bukanlah satu fakta baru yang mengejutkan. Para saintis telah mengkaji mengenai air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya terhadap hidupan. Seorang saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis - "Klorin sangat berbahaya. Ia patut diharamkan!! !!!. Menambah klorin ke dalam air sama seperti memulakan satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum masanya dengan munculnya bermacam-macam simptom penyakit."
Air paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti arsenik, ubat gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri. Pendeknya, jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung, adalah menghairankan.
Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan kepada kesihatan.
Penyakit yang datang daripada air tercemar amat banyak!!!!. Telah terbukti akhir-akhir ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih daripada 30 jenis penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang dan lain-lain. Untuk menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai sekadar meminum air yang mencukupi setiap hari, tetapi air tersebut hendaklah berkualiti dan tidak mengandungi bahan-bahan beracun.
Seorang pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di negara kita, air memberi kesan yang cukup ketara terhadap kesihatan seseorang itu. Beliau yang pernah menghidap barah darah (Non-Hodgkins Lymphoma) beberapa ketika dahulu mendapati, pengambilan air yang berbeza memberi kesan yang berbeza terhadap kesakitan yang dialaminya setiap hari. Sebagai pakar motivasi kesihatan yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, beliau menyedari bahawa air paip yang digunakan sebagai air minuman sejak sekian lama itulah yang menjadi sebab utama kepada penyakit barah yang dihidapinya.
"Semasa menjalani sesi kimoterapi, saya amat sensitif kepada jenis air yang saya ambil. Ketika itu saya terpaksa mencari air yang tiada 5K (klorin, karat, kuman, kimia dan kotoran) untuk menjamin agar sel-sel badan saya sentiasa sihat.
Terdapat pelbagai jenis air untuk kesihatan yang terjual di pasaran negara kita. Misalnya air mineral, air RO (reverse osmosis), air beralkali di samping pelbagai jenis dan bentuk penapis air yang berfungsi meningkatkan kualiti air tersebut. Sebagai pengguna, kita harus bijak memilih air yang terbaik untuk 'mandian' sel-sel di dalam tubuh kita yang sentiasa dahagakan air. Air yang rendah kualitinya tidak dapat memberi tenaga kepada tubuh, sehingga menjadikan seseorang itu berasa lemah, hilang semangat, mengantuk, lembab dan malas.
"Kita tak sedar selama ini bahawa sel-sel tubuh kita sengsara kerana tidak mendapat air yang berkualiti. Air yang diminum mestilah yang terbaik. Ia mestilah bersih, tulen dan menyihatkan. Ia juga harus memulih, memperbaiki dan membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan," dan menyarankan agar setiap rumah menyediakan penapis air yang baik, dan menganggapnya sebagai satu keperluan yang perlu diberi perhatian.
"Pada zaman moden ini, kebanyakan rakyat kita sudah mampu menyediakan pelbagai peralatan dan kemudahan di rumah seperti televisyen, telefon bimbit, kereta dan sebagainya. Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh menyediakan kemudahan untuk kesihatan. Tidak sepatutnya kita menunggu sakit, baru hendak mencari penawar. Sebelum sakit, kita perlu menghindarinya. Kalau sudah sakit, kita terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi dan tidak menjamin sihat sepenuhnya di samping menyakitkan, " ujar beliau.
Beliau menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam dan tidak mengambil berat tentang kesihatan. Oleh itu, pada masa ini beliau giat berkempen agar rakyat Malaysia mengambil air yang berkualiti untuk menjamin kesihatan yang baik, kerana air merupakan keperluan utama yang tidak boleh diabaikan.
Lelah di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap lelah. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.
Serangan lelah boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Serangan lelah adalah sebab utama/punca kanak-kanak dimasukkan ke hospital.
Lelah terjadi kepada kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah lelah dikalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah lelah di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti ekzema, allergic rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat lelah.
APAKAH ITU LELAH?
Lelah adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:
Ⓐ Merah.
Ⓑ Bengkak.
Ⓒ Menghasilkan lendir berlebihan.
Ⓓ Mudah terangsang (hypersensitive).
Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas.
Tahap serangan lelah berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan lelah.
APAKAH FAKTOR PENCETUS?
Ada beberapa faktor pencetus yang menyebabkan gejala lelah. Ada faktor pencetus yang biasa kepada semua pengidap lelah, manakala ada antaranya bergantung kepada individu tersebut. Antara faktor pencetus lelah adalah:
① Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
② Merokok.
③ Perubahan cuaca.
④ Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
⑤ Senaman.
⑥ Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
⑦ Makanan dan perasa tambahan makanan.
⑧ Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
⑨ Emosi.
⑩ Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).
APAKAH GEJALA LELAH?
Gejala utama lelah:
❶ Batuk.
❷ Batuk di waktu malam (waktu tidur).
❸ Rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel).
❹ Susah bernafas.
APAKAH TANDA-TANDA LELAH?
❖ Sebahagian dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan lelah.
❖ Dada berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya lelah dapat dikawal dengan baik.
❖ Adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa lelah.
Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu serangan lelah. Kanak-kanak mungkin mengalami:
➩ Nafas berbunyi (Audible wheeze).
➩ Susah untuk menghembus nafas (breath out).
➩ Nafas laju.
➩ Denyutan jantung cepat.
Serangan yang teruk menyebabkan kanak-kanak :
➡ Kelihatan gelisah.
➡ Letih lesu.
➡ Bimbang.
➡ Kulit berpeluh dan sejuk.
➡ Warna kebiruan pada bibir dan kuku.
➡ Penurunan pada bacaan peak flow berbanding kadar bacaan peak flow terbaik individu tersebut (predicted value or personal best).
Sasaran rawatan
◈ Untuk menghilangkan dan mengawal gejala lelah.
◈ Mengelak serangan lelah.
◈ Mempunyai kualiti hidup yang baik.
◈ Berupaya menyertai acara sukan.
◈ Menghalang kemusnahan tisu paru-paru.
◈ Mengelakkan kematian.
APAKAH JENIS RAWATAN LELAH?
Ubat lelah terbahagi kepada 3 jenis:
⑴ Ubat Pencegah
➠ Ubat ini dapat mengelakkan serangan lelah dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.
⑵ Ubat Pelega
➠ Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.
⑶ Ubat kawalan
➠ Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan lelah yang teruk.
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGAWAL LELAH?
❏ Elakkan faktor pencetus lelah.
❏ Gunakan ubat pencegah setiap hari mengikut arahan doktor.
❏ Gunakan ubat lelah dengan cara yang betul.
❏ Kenali tanda serangan lelah dan dapatkan rawatan awal.
❏ Ikut arahan pelan tindakan lelah yang diberi oleh doktor.
❏ Rawatan susulan yang berkala sebagaimana arahan doktor.
BOLEHKAH LELAH DISEMBUHKAN?
Lelah hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.
Ramai kanak-kanak akan bebas daripada lelah, walau bagaimanapun ada gejala lelah yang menyerang kembali di kemudian hari.